Thursday, May 23, 2013

DUNYA


Dunya..
yang Luas di belah Ruas benua menjadi Negara,
Negara yang belum sanggup di galas berbahagi Negeri kepada Daerah hingga bermukimnya dimana-mana,
Generasi Kampong juga Akhirnya kita pada asalnya,

terselindung dibelakang Nama semata-mata,

Betapa Kecil dan Sempit-nya Bhumi kita,
dalam jangka yang makin hari semakin bertambah Umatnya,
terjadinya begini Demi memudahkan Kehendak semua,
berbalah tidak sudah-sudah juga..
Yang direbutkan itu bukanlah Cakra-Wala, hanya Dunia.

berapa nyawa terkorban demi membeli sejumlah harga Selesa?

Tuan-tuanku yang ku pandang Mulia,
apalah itu Kerja jikalau duduknya hanya bersahaja?

Intiha Al-Kalam,
RBHS

Tuesday, May 21, 2013

DIRGAHAYU RAKYAT DERHAKA


Dukka Tuan Pagi-Petang-Siang-Malam merisaukan KeTuanan,
gusar sungguh akan perpecahan walaupun golongan Bangsawan itu juga yang memutarbelitkan semua bingung kebuntuan,
seperti Kiamatnya Esok...kegilaan.

menerima Tekanan..

lalu apakan nasib KeTuhanan pula?

Sang Raja diam, "Tafaqqur" katanya,
dicahari Tuhan didalam Istananya,
di bawah tiada, di hadapan tiada, di kanan pun tidak, di kirinya pun tidak,
lalu berembun lah Tujuh Malam lamanya di atas Puncak Kepala Istana,
yang ia ketemu hanya Kuasa,

namun apalah Kuasanya memerintah Sepenggal Surya tanpa Jelata?

bagaimana itu dipanggil "Hidup" sedang ia seperti sudah Mati di atas persemayaman  Singgahsananya?
apakah itu Firaun yang dijelma semula? apakah Hamba tersalah?

Dirgahayu Rakyat Derhaka yang berkata-kata.
Sopannya Hilang, Santunnya Ghaib,
Lemahnya tidak, Lembutpun bukan.

Intiha Al-Kalam
RBHS

Monday, May 20, 2013

KORUPSI dalam BAJU


Berdamai..memanglah satu-satunya cara mengatasi segala macam permasaalahan,
Tetapi dalam Beramai..ada Hati yang bisu mengeluh sendiri meronta-ronta tidak setuju,
ia sangat Bacul walaupun terpaksa memakai Sarung Pemahaman sebagai tanda kononnya Seteru.
padahalnya tidaklah sama sekalinya begitu,

kau tanya dia,
dia kata sana,
sana hentam sini.. itu sahajalah "Jati Diri" sang pemerlihara Korupsi dalam Baju sendiri,

janganlah di cahari Perubahan yang lain selain dari yang lain,
tetapi jejaklah Peningkatan diri,

atau dalam erti katanya yang sama,

Buktikan..
bahawa yang memerlukan Kedamaian itu sebenarnya adalah kamu.
Pasti akan terlesai semuanya.

Intiha Al-Kalam,
RBHS

Thursday, May 16, 2013

LEMBAR PERTAMA: MULA

Kita Gagal pada Ujian yang Tuhan belum lagi duga seumpama hebatnya para Utusan dan Wakilnya pernah hadapi sewaktu kita tidak wujud menjadi selaku potential pemimpin yang Diktator hari ini..namun kita malah diuji hanyasanya dengan pertembungan fahaman yang bergolak menjadi semacam pertelingkahan antar umat di Negara yang sama berkeluasan hanyalah suku dari Negara Saudara kita, Indonesia.

Adalah Dunia yang amatlah Sakit Tenatnya kita alami pada sudut Nyatanya, walaupun sesetengah yang cuba menyelindungkan diri disebalik cengkerang = kulit tebal "ambil mudah" (atau tema Islamik menyeru Husnul Dzan kononnya) akan berpendapat bahawa maseh ada yang aman di Malaysia perlu di sedut semuanya hingga kering belaka, lalu topeng palsu "Bersyukur" itu dimestikan harus berterusan dan sehingga apapun kegawatan, kesakitan yang sedang dialami orang lain tidak mendapat perhatian, tidak peduli selagi belum ter kena bahagian keluarga, saudara-jiran-kawan-tunang,isteri-anak atau mudah ceritanya, atas kepala dan muka kita sendiri.

Pangkalnya disini, bukanlah menafikan Nikmat Tuhan beri..hanya memperlebarkan usaha menabur Nilai sehingga merasakan ianya perlu dilipatgandakan sebagai tanda bahawa sebenarnya kita memang Bersyukur didalam amal perbuatan masing-masing..Kerana sememangnya sudah menjadi Mekanisme orang Bersyukur yang Benar itu Semula Jadi timbul sifat Pemurah dirinya, yang sanggup berkongsi kesenangannya bersama-sama dan tergamak menyusahkan dirinya walau apapun juanya..tetapi BUKAN bermusim.

Dunia menjadi pentas Ancaman antara yang Berkuasa dan yang Lemah,
yang Kaya dan Miskin,
yang Tinggi ataupun yang Lemah.

Masing-masing diuji sehebat-hebatnya dengan diketahuinya ataupun tidak.

lalu sudahnya musim Pilihan Raya, timbulnya pertanyaan antara kita:

Apakah Kegagalan?

Apakah Kejayaan?

Ribu deru Lautan Manusia bergembira kerana Kejayaan yang disangkanya,
tidak juga berkurang Gelombang Manusia berbilangbangsa merusuh ditiap ruang Negeri membawa suara Ketidakadilan Pemerintah yang seolah-olah tiada berkesudahannya.

Sementara para Cyber Troopers ataupun Media-media Bebas/Swasta Pro BN atau Pakatan mencatur acara menangani atau menimbulkan pucuk surat Fitnah berantaian agar tidak akan berhentinya Nadi Benci. Konflik turut berlaku dan bergolak antara Pimpinan mana-manapun, lantas kita menerima Khabar bahawa Sebuah Negara yang pernah menjadi Mata Angin Dunia suatu masanya dahulu hari ini semakin Nyanyuk dan Merapu-rapu penyelesaiannya.

dan cuba sahaja kita mengertikan dengan membuang baju Hijau, Merah, Biru atau sebagainya ketika keadaan hari ini sudah memuncak-muncak jadinya, apakah ini yang akan kita biarkan kepada anak-cucu kita hadapi kemudiannya?
Kalaulah diketika inipun kita antara yang mengutuk nenek-moyang sendiri diatas kebebalan mereka yang kabur dan teramatlah malas merangka jalanan Hidup kita lalu hari ini, apakah kita pun barangkali akan dilaknat seberat-beratnya oleh cucu-cicit kita nanti?

masa untuk menilik empunya nama dan jiwa sudah tiba,
bukan kerja bodoh menolak Hakikat bahawa kita teramatlah malas dan betapa degilnya untuk bersaudara.
bukan setakat Bangsa atau Agama. Tetapi sebagai generasi yang berkongsi Ayah yang sama,
iaitu Adam.

Tiliklah Masa, berapa sudah terbilang dan sedang berjalan?

Intiha Al-Kalam,
RBHS