Thursday, May 16, 2013

LEMBAR PERTAMA: MULA

Kita Gagal pada Ujian yang Tuhan belum lagi duga seumpama hebatnya para Utusan dan Wakilnya pernah hadapi sewaktu kita tidak wujud menjadi selaku potential pemimpin yang Diktator hari ini..namun kita malah diuji hanyasanya dengan pertembungan fahaman yang bergolak menjadi semacam pertelingkahan antar umat di Negara yang sama berkeluasan hanyalah suku dari Negara Saudara kita, Indonesia.

Adalah Dunia yang amatlah Sakit Tenatnya kita alami pada sudut Nyatanya, walaupun sesetengah yang cuba menyelindungkan diri disebalik cengkerang = kulit tebal "ambil mudah" (atau tema Islamik menyeru Husnul Dzan kononnya) akan berpendapat bahawa maseh ada yang aman di Malaysia perlu di sedut semuanya hingga kering belaka, lalu topeng palsu "Bersyukur" itu dimestikan harus berterusan dan sehingga apapun kegawatan, kesakitan yang sedang dialami orang lain tidak mendapat perhatian, tidak peduli selagi belum ter kena bahagian keluarga, saudara-jiran-kawan-tunang,isteri-anak atau mudah ceritanya, atas kepala dan muka kita sendiri.

Pangkalnya disini, bukanlah menafikan Nikmat Tuhan beri..hanya memperlebarkan usaha menabur Nilai sehingga merasakan ianya perlu dilipatgandakan sebagai tanda bahawa sebenarnya kita memang Bersyukur didalam amal perbuatan masing-masing..Kerana sememangnya sudah menjadi Mekanisme orang Bersyukur yang Benar itu Semula Jadi timbul sifat Pemurah dirinya, yang sanggup berkongsi kesenangannya bersama-sama dan tergamak menyusahkan dirinya walau apapun juanya..tetapi BUKAN bermusim.

Dunia menjadi pentas Ancaman antara yang Berkuasa dan yang Lemah,
yang Kaya dan Miskin,
yang Tinggi ataupun yang Lemah.

Masing-masing diuji sehebat-hebatnya dengan diketahuinya ataupun tidak.

lalu sudahnya musim Pilihan Raya, timbulnya pertanyaan antara kita:

Apakah Kegagalan?

Apakah Kejayaan?

Ribu deru Lautan Manusia bergembira kerana Kejayaan yang disangkanya,
tidak juga berkurang Gelombang Manusia berbilangbangsa merusuh ditiap ruang Negeri membawa suara Ketidakadilan Pemerintah yang seolah-olah tiada berkesudahannya.

Sementara para Cyber Troopers ataupun Media-media Bebas/Swasta Pro BN atau Pakatan mencatur acara menangani atau menimbulkan pucuk surat Fitnah berantaian agar tidak akan berhentinya Nadi Benci. Konflik turut berlaku dan bergolak antara Pimpinan mana-manapun, lantas kita menerima Khabar bahawa Sebuah Negara yang pernah menjadi Mata Angin Dunia suatu masanya dahulu hari ini semakin Nyanyuk dan Merapu-rapu penyelesaiannya.

dan cuba sahaja kita mengertikan dengan membuang baju Hijau, Merah, Biru atau sebagainya ketika keadaan hari ini sudah memuncak-muncak jadinya, apakah ini yang akan kita biarkan kepada anak-cucu kita hadapi kemudiannya?
Kalaulah diketika inipun kita antara yang mengutuk nenek-moyang sendiri diatas kebebalan mereka yang kabur dan teramatlah malas merangka jalanan Hidup kita lalu hari ini, apakah kita pun barangkali akan dilaknat seberat-beratnya oleh cucu-cicit kita nanti?

masa untuk menilik empunya nama dan jiwa sudah tiba,
bukan kerja bodoh menolak Hakikat bahawa kita teramatlah malas dan betapa degilnya untuk bersaudara.
bukan setakat Bangsa atau Agama. Tetapi sebagai generasi yang berkongsi Ayah yang sama,
iaitu Adam.

Tiliklah Masa, berapa sudah terbilang dan sedang berjalan?

Intiha Al-Kalam,
RBHS